Jumlah Yang Anda boleh Meminjam Berdasarkan apa?
Sebelum nak mencari rumah, perkara paling UTAMA yang anda perlu buat adalah tahu kelayakan nilai pinjaman yg sesuai dengan gaji terkini. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara kiraannya, teruskan membaca.
Nisbah Pembiayaan Hutang / Debt Service Ratio (DSR)
Permohonan pembiayaan beli rumah ditolak mempunyai banyak sebab.
Salah satunya adalah adanya peraturan Debt Service Ratio (DSR).
Iaitu berapa komitmen hutang kita setiap bulan dibandingkan dengan pendapatan. DSR adalah peraturan Bank Negara Malaysia untuk menetapkan berapa hutang yang kita boleh ada.
DSR menunjukkan jumlah banyak pendapatan seseorang digunakan untuk membayar bayaran ansuran hutang, dan diwakili sebagai % daripada pendapatan. DSR diperolehi daripada 2 komponen utama:
DSR = (Komitmen / Pendapatan) x 100%
Secara umumnya DSR adalah 70%. Namun bank dapat membuat polisi-polisi tambahan mengikut kesesuaian. Justeru, boleh jadi berbeza mengikut bank seperti lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam atau swasta.
Andaikan pendapatan bersih kita RM 4,000. Hutang lain adalah seperti berikut:
- Hutang kereta RM 700.
- Purata bayar hutang kad kredit RM 150.
- Hutang ASB RM 500.
- Hutang personal financing RM 600.
Maka DSR kita telah mencapai 49%. Jumlah hutang dibahagikan dengan pendapatan. RM 1950/RM 4000.
Berdasarkan DSR yang ditetapkan 70% misalnya, maka kita cuma dapat buat hutang baru sehingga RM 850 sahaja. Justeru, berdasarkan kadar pembiayaan semasa, rumah yang dapat kita beli adalah maksimum RM 200k. Kalau bayar buan-bulan lebih dari itu, memang susah.
Justeru, pastikan kita merancang hutang dengan betul. Utamakan hutang yang lebih utama.
Anda dapat belajar sesuai hari ni..?
Nak ilmu lagi? Jom daftar sebagai sahabat blog ini. Anda akan dapat info terkini melalui email setiap kali saya update. Anda hanya perlu isi alamat email diruangan atas sebelah kanan page blog ini..Jom daftar sekarang!!
Selain daripada kira secara manual..Saya nak bagi hadiah PERCUMA sebagai tanda penghargaan kepada anda. Saya nak bagi link aplikasi (Aplikasi ini Untuk Pengguna ANDROID SHJ) yang anda boleh kira DSR ni. KLIK sekarang!
(Untuk pengguna ANDROID SAHAJA) ; anda perlu cari bahagian MENU»Debt Services Ratio;Lihat gambar dibawah. Kemudian anda hanya perlu isi nilai komitmen bulanan dan seterusnya klik butang KIRA )
(Untuk pengguna ANDROID SAHAJA) ; anda perlu cari bahagian MENU»Debt Services Ratio;Lihat gambar dibawah. Kemudian anda hanya perlu isi nilai komitmen bulanan dan seterusnya klik butang KIRA )
No comments:
Post a Comment