Tuesday, March 26, 2019

Poket "Koyak" Lepas Beli Tanah Lot

Poket "Koyak" Lepas Beli Tanah Lot



Selalu jugak kan kita tengok iklan bunting "Tanah banglo lot RM30K"
Pergh murah giler. Kalau buat rumah RM100K, total baru RM130K. Dah dapat rumah banglo.

Call agent nak pi tengok tanah tuuu..

🤔Infra api, air, jalan tar, longkang, kumbahan takde lagi.

😒Tapi takper semua tu tuan tanah akan buat kemudian.

🤨Geran tak perlu pecah. Geran kongsi. Satu geran ada banyak penama

😲Kena beli cash sebab bank tak bagi pinjaman. Tapi takper, boleh buat pinjaman peribadi. Ala RM30K ajer + RM100K.

🤑Bila dah sign perjanjian jual beli dan dah bayar...

Waahhhhh... Aku dah dapat tanah sendiri...
Selepas suatu ketika....

🤯Infra sampai la ni tak buat-buat. Jalan tanah merah ade la. Kalau lot di hujung sekali, pandai2 la tarik api dari jalan besar. Pastu orang lain tumpang je bila dah siap. Nak jalan tar, buat sendiri.

🤯Bila takde infra, semua orang dok tunggu saper la nak buat rumah dulu ni. Ko tunggu aku, aku tunggu ko. Ko buat dulu, pastu aku tumpang infra ko

😭Geran kongsi. Nanti nak jual balik, kena jual kat cash buyer ajer. Kalau owner meninggal, jenuh la waris nak deal dengan penama2 lain nak tuntut harta

INGAT NI. .

Kalau ada orang nak jual kat saya tanah 1/12 bahagian, saya takkan beli. Nak2 pulak 11 penama lain tu saya tak kenal.

Saper nak lagi tips ? Say I

No comments:

Post a Comment