Monday, April 8, 2019

Freehold @ Leasehold Sekadar Apa?

Tips Hartanah











Leasehold atau Freehold tidak sepatutnya menjadi penentu utama utk membeli rumah pelaburan atau untuk duduk sendiri.

Kelayakan, kemampuan dan potensi rumah pelaburan itu lebih penting.

Cuba tengok rumah di Shah Alam dan Bangi.

Semua rumah di Shah Alam Seksyen 1-36 dan Bandar Baru Bangi Seksyen 1-16 adalah Leasehold. Adakah rumah Shah Alam dan Bangi ini tak bagus sebab ianya Leasehold ? Tidak sama sekali.

Saper yg beli rmh di Shah Alam dan Bangi sepuluh tahun dulu semua dah happy dengan peningkatan harga rumah diorang sekarang.

So jadinya... Jangan reject terus rumah yg berstatus Leasehold


Sunday, April 7, 2019

Bila Kos Deposit Rumah Mahal.. Jangan Buat Perkara Ni...

Apabila SEGALA KOS BELI RUMAH SUBSALE DAH PARAS HIDUNG.. JANGAN lah buat benda ni... 


Bila hartanah semakin mahal, makin ramai orang 'jual seminar hartanah yang mahal'

Jika rumah pertama belum ada, janganlah masuk seminar yang beribu harganya. 

Itu kerja tak memang tak berbaloi!!

Banyak kali kena fikir..Ini Perkara Asas..
1)Kene tahu berapa harga rumah yg layak
2)Kumpul modal deposit ~15% drpd harga rumah yg layak tadi
3)Shopping rumah lah... Hehe!!

Nak tips lagi?

#KaptenHartanahSyukor
#BantuUrusJualBeliRumahIdamanAnda

Saturday, April 6, 2019

JANGAN "LAMINATE" GERAN TANAH ASAL ANDA KERANA....

JANGAN "LAMINATE" GERAN TANAH ASAL ANDA. 
Sedikit pesanan ringkas untuk anda semua JANGAN "LAMINATE" GERAN ASAL ANDA KERANA....




Pejabat Tanah akan klasifikasikan Geran tersebut sebagai Geran Rosak dan ianya tidak akan diterima untuk sebarang urusan pendaftaran di Pejabat Tanah. Kalau nak laminate, laminate sijil SPM aje ok.😎


Nak tips lagi?.. Say I



#KaptenHartanahSyukor 

Friday, April 5, 2019

Harga Rumah Yang Sesuai Dengan Gaji Terkini Anda?

Tepuk Dada.. Tanya Matlamat Pembelian Korang.. 


Matlamat org yg beli rumah ni tak sama..ade yg nak stay sendiri..nak melabur utk disewakan..nak rumah kecik..nak rumah besar..memasing tak sama...kan.... 
Tak kiralah samada nak duduk sendiri atau pelaburan utk sewa, tetap ada panduan yang kau boleh ikut...jgn belasah je..

Kebolehan/Kemampuan paling penting untuk diambil kira lebih2 barkaitan tahap gaji seseorang...Saya nak share sikit panduan asas yang selalu Dr Azizul Azli Ahmad share kat wall Facebook dia. Saya nak bg contoh asas untuk anak muda yang bergaji RM3,000 kira kelayakan KASAR nilai rumah dan komitmen bulanan yg sesuai.

🚩 Gaji x 12 x 6.5 = Harga Rumah Kediaman Yang Sesuai.

🚩 RM3,000 x 12 x 6.5 = RM234,000.

🚩Ansuran bulanan rumah jangan lebih 35% gaji.

🚩RM3,000 x 35% = RM1,050 sebulan.

Perhatian:
Ini pengiraan kasar..Yang betul-betul hanya bila kau dah apply loan dan dah tahu kekuatan skor DSR. Pengiraan dan panduan hanya sebagai guideline supaya kita tak terbeban teruk dengan hutang bulanan. Harus diingat ye, hutang rumah ni adalah komitmen bulanan kita selama 35 tahun yer..bukan 7 tahun mcm beli kereta nun...

#KaptenHartanahSyukor
#BantuUrusJualBeliRumahIdamanAnda 

Saturday, March 30, 2019

Kriteria Pilih Rumah Apartment / HighRise

Bagaimana Nak Pilih Rumah Apartment /High Rise? 

Buat warga kota, menyewa atau membeli rumah apartment bukanlah pilihan utama kerana kebanyakan orang masih prefer 'landed' berbanding high rise.

Tapi jika anda memang fokus dan tekad untuk ambil 'high rise', ini dia tips dan checklist sebelum anda beli apartment itu.

1. Kepadatan.

Elakkan beli apartment yang high density.

Jika boleh, pastikan apartment tersebut ada 400 - 600 unit sahaja.. Lg kurang lg bagus

Sebab apa?

Parking dan lif adalah isu utama, nak tunggu lif pun fuhhh 15 minit baru dapat turun jika apartment jenis high density.

Semoga bermanfaat.
Nak lg tips? Say I

#KaptenHartanahSyukor
#BantuUrusJualMilikRumahIdamanAnda
Kaptenhartanahsyukor.blogspot.com

Wednesday, March 27, 2019

Ambil PELUANG Duti Setem Dikecualikan Untuk Rumah Pertama

Untuk rumah berharga RM100,000 - RM1,000,000 tidak dikenakan caj duti setem.

Tarikh bermula 1 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019.

1 Julai 2019 akan ada Caj Duti Setem ye.. 

Yang dah kumpul duit deposit jangan terlambat sambar peluang ini.

Untuk RUMAH PERTAMA SHJ yea

Dapat sesuatu? Nak tips lagi? Say I


#RVhartanah
#BantuUrusJualMilikRumahIdamanAnda

Tuesday, March 26, 2019

Poket "Koyak" Lepas Beli Tanah Lot

Poket "Koyak" Lepas Beli Tanah Lot



Selalu jugak kan kita tengok iklan bunting "Tanah banglo lot RM30K"
Pergh murah giler. Kalau buat rumah RM100K, total baru RM130K. Dah dapat rumah banglo.

Call agent nak pi tengok tanah tuuu..

🤔Infra api, air, jalan tar, longkang, kumbahan takde lagi.

😒Tapi takper semua tu tuan tanah akan buat kemudian.

🤨Geran tak perlu pecah. Geran kongsi. Satu geran ada banyak penama

😲Kena beli cash sebab bank tak bagi pinjaman. Tapi takper, boleh buat pinjaman peribadi. Ala RM30K ajer + RM100K.

🤑Bila dah sign perjanjian jual beli dan dah bayar...

Waahhhhh... Aku dah dapat tanah sendiri...
Selepas suatu ketika....

🤯Infra sampai la ni tak buat-buat. Jalan tanah merah ade la. Kalau lot di hujung sekali, pandai2 la tarik api dari jalan besar. Pastu orang lain tumpang je bila dah siap. Nak jalan tar, buat sendiri.

🤯Bila takde infra, semua orang dok tunggu saper la nak buat rumah dulu ni. Ko tunggu aku, aku tunggu ko. Ko buat dulu, pastu aku tumpang infra ko

😭Geran kongsi. Nanti nak jual balik, kena jual kat cash buyer ajer. Kalau owner meninggal, jenuh la waris nak deal dengan penama2 lain nak tuntut harta

INGAT NI. .

Kalau ada orang nak jual kat saya tanah 1/12 bahagian, saya takkan beli. Nak2 pulak 11 penama lain tu saya tak kenal.

Saper nak lagi tips ? Say I