Tips Hartanah
Leasehold atau Freehold tidak sepatutnya menjadi penentu utama utk membeli rumah pelaburan atau untuk duduk sendiri.
Kelayakan, kemampuan dan potensi rumah pelaburan itu lebih penting.
Cuba tengok rumah di Shah Alam dan Bangi.
Semua rumah di Shah Alam Seksyen 1-36 dan Bandar Baru Bangi Seksyen 1-16 adalah Leasehold. Adakah rumah Shah Alam dan Bangi ini tak bagus sebab ianya Leasehold ? Tidak sama sekali.
Saper yg beli rmh di Shah Alam dan Bangi sepuluh tahun dulu semua dah happy dengan peningkatan harga rumah diorang sekarang.
So jadinya... Jangan reject terus rumah yg berstatus Leasehold
Laman Ilmiah Hartanah Anda | Senarai Hartanah Terkini Untuk Dijual | Kongsikan dan Sebarkannya | Demi Kebaikan Bersama | Jutaan Terima Kasih Sahabat Kapten Syukor
Monday, April 8, 2019
Sunday, April 7, 2019
Bila Kos Deposit Rumah Mahal.. Jangan Buat Perkara Ni...
Apabila SEGALA KOS BELI RUMAH SUBSALE DAH PARAS HIDUNG.. JANGAN lah buat benda ni...
Bila hartanah semakin mahal, makin ramai orang 'jual seminar hartanah yang mahal'
Jika rumah pertama belum ada, janganlah masuk seminar yang beribu harganya.
Itu kerja tak memang tak berbaloi!!
Banyak kali kena fikir..Ini Perkara Asas..
1)Kene tahu berapa harga rumah yg layak
2)Kumpul modal deposit ~15% drpd harga rumah yg layak tadi
3)Shopping rumah lah... Hehe!!
Nak tips lagi?
#KaptenHartanahSyukor
#BantuUrusJualBeliRumahIdamanAnda
Saturday, April 6, 2019
JANGAN "LAMINATE" GERAN TANAH ASAL ANDA KERANA....
JANGAN "LAMINATE" GERAN TANAH ASAL ANDA.
Sedikit pesanan ringkas untuk anda semua JANGAN "LAMINATE" GERAN ASAL ANDA KERANA....
Sedikit pesanan ringkas untuk anda semua JANGAN "LAMINATE" GERAN ASAL ANDA KERANA....
Pejabat Tanah akan klasifikasikan Geran tersebut sebagai Geran Rosak dan ianya tidak akan diterima untuk sebarang urusan pendaftaran di Pejabat Tanah. Kalau nak laminate, laminate sijil SPM aje ok.😎
Nak tips lagi?.. Say I
#KaptenHartanahSyukor
Friday, April 5, 2019
Harga Rumah Yang Sesuai Dengan Gaji Terkini Anda?
Tepuk Dada.. Tanya Matlamat Pembelian Korang..
Matlamat org yg beli rumah ni tak sama..ade yg nak stay sendiri..nak melabur utk disewakan..nak rumah kecik..nak rumah besar..memasing tak sama...kan....
Tak kiralah samada nak duduk sendiri atau pelaburan utk sewa, tetap ada panduan yang kau boleh ikut...jgn belasah je..
Kebolehan/Kemampuan paling penting untuk diambil kira lebih2 barkaitan tahap gaji seseorang...Saya nak share sikit panduan asas yang selalu Dr Azizul Azli Ahmad share kat wall Facebook dia. Saya nak bg contoh asas untuk anak muda yang bergaji RM3,000 kira kelayakan KASAR nilai rumah dan komitmen bulanan yg sesuai.
🚩 Gaji x 12 x 6.5 = Harga Rumah Kediaman Yang Sesuai.
🚩 RM3,000 x 12 x 6.5 = RM234,000.
🚩Ansuran bulanan rumah jangan lebih 35% gaji.
🚩RM3,000 x 35% = RM1,050 sebulan.
Perhatian:
Ini pengiraan kasar..Yang betul-betul hanya bila kau dah apply loan dan dah tahu kekuatan skor DSR. Pengiraan dan panduan hanya sebagai guideline supaya kita tak terbeban teruk dengan hutang bulanan. Harus diingat ye, hutang rumah ni adalah komitmen bulanan kita selama 35 tahun yer..bukan 7 tahun mcm beli kereta nun...
#KaptenHartanahSyukor
#BantuUrusJualBeliRumahIdamanAnda
Subscribe to:
Posts (Atom)